Kalau anda nak tahu, gambar di bawah inilah baja dan kawalan serangga yang saya gunakan di kebun saya. Untuk baja, selain daripada Baja AB, saya menggunakan baja Maxigreen 50 yang bertujuan menyuburkan tumbuhan dan daun dengan potensi maximum. manakala Maxigreen 46 bertujuan untuk mempercepatkan pembungaan dan pembuahan dengan potensi Maximum. Untuk kawalan serangga pula, saya menggunakan Neem Spray organic. Neem spray ini bebas daripada racun kimia.
Khamis, 12 Julai 2018
Ahad, 3 Jun 2018
Hasil tanaman kebun semakin banyak
Syukur dan teruja bila melihat tanaman dari hari ke hari dapat menghasilkan buah/ sayur yang banyak. Walaupun hanya baru berjinak dalam pertanian ini, tetapi ia membuahkan hasil yang banyak dan segar setiap hari dan ini dapat menjimatkan kos membeli sayur. Terima kasih kepada suami kerana banyak membantu dalam menjaga kebun sayur di belakang rumah ini. Harap lepas ini saya dapat belajar lebih banyak lagi tentang pertanian ini.
Selasa, 15 Mei 2018
Buah Tomato Masak dan Berpenyakit
Salam,
Hari ini menjenguk tanaman Pokok Tomato. Nampak dari jauh ada beberapa biji tomato yang telah masak. Rasa teruja kerana inilah kali pertama tanaman tomato saya menjadi. Tapi apabila saya melihat buah yang belum masak, saya dapati ada beberapa biji buah yang telah rosak di bahagian hujungnya yang mana hujung buah berwarna hitam keras. Rasa betul-betul sayang sekali bila lanya terkena penyakit. Kalau hanya 1 atau 2 biji tak apa juga kan, ini banyak pula buah yang masih muda terkena.
Oleh kerana ingin mengetahui kenapa terjadinya masalah pada buah ini, saya telah mencari maklumat berkaitan dengan penyakit ini. Maklumlah kan baru kali pertama menanam buah Tomato hasil tangan sendiri.
Saya harap dengan maklumat yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan rujukan dan kepada kita semua.
Penyakit: Penyakit Reput Hujung Buah
Bahagian diserang: Buah
Simptom:
- Hujung Buah berwarna hitam keras
Cara dan masajangkitaan:
- Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan Zat Kalsium iaitu pokok kekeringan ketika buah membesar dan menyebabkan akar muda rosak.
- Keadaan ini menyebabkan penyerapan nutiren kalsium dan kalium tidak seimbang.
- Kesannya, buah akan rosak di bahagian hujung yang mana pada mulanya hujung tersebut menjadi perang dan akhirnya berwarna hitam keras.
Kaedah pengawalan:
- Langkah-langkah pencegahannya ialah kutip buah dan buang buah yang menunjukkan tanda reput
- Pastikan pokok sentiasa disiram selalu supaya tidak kekeringan.