Catatan

Buah Limau Kasturi

Imej
Selamat bertemu kembali. Syukur, hari ini dapat memetik buah Limau Kasturi di AnjelFarmGarden. Walau hanya 1 pokok yang ditanam namum dapat membuahkan hasil yang banyak. Kebetulan pula sekarang musim batuk dan selesema, sekurang-kurangnya jus buah limau kasturi ini dapat membantu untuk tingkatkan sistem inum badan kita.  Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Limau Kasturi. Limau Kasturi atau dikenali sebagai "calamasi" merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina  dan telah tersebar ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Pokoknya bersaiz rendah, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai rasa yang masam manis dan aroma yang menyegarkan. Kebiasaannya limau kasturi digunakan dalam masakan dan minuman ais yang popular seperti jus limau asam boi ais. Kalau anda nak tahu, Limau kasturi mengandungi Vitamin C yang tinggi selain daripada buah jambu batu dan buah oren. Bukan itu sahaja, Buah limau kasturi mempunyai antioksidan padu lain sep...

Buah Jambu Batu

Imej
Saya pasti mesti kebanyakan kita suka makan buah Jambu. Ada yang makan begitu sahaja bersama kuah rojak malah boleh juga dibuat minum jus buah. Apa pun citrasa makan yang kita suka buah jambu tetap mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan mampu menguatkan sistem imun daya tahan tubuh. Buah jambu batu ialah tanaman yang tahan lasak dan mudah dijaga. Tidak heranlah banyak petani yang mengusahakan tanaman buah jambu ini. Buah jambu batu berjenis beri dan berbiji banyak.Bentuknya bulat, bujur seperti buah pir.  Kini terdapat juga varieti jambu yang tidak mempunyai biji. Salah satu varienti yang popular ialah Jambu Batu Lohan yang terkenal dengan buahnya yang besar, manis dan ranggup. Di AnjelFarmGarden, Jambu yang ditanam adalah jambu berjenis berbiji iaitu jambu batu Lohan.